Worldwide Stainless selesai beli Bahru Stainless pada harga USD $95 juta

Worldwide Stainless Sdn Bhd menyempurnakan pengambilalihan Bahru Stainless Sdn Bhd bernilai USD $95 juta, sekali gus membuka lembaran baharu yang strategik bagi industri keluli tahan karat Malaysia.
Menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini, pengambilalihan berkenaan bukan hanya menandakan pemulihan semula sepenuhnya operasinya, malah mencerminkan visi jangka panjang Worldwide Stainless memulihkan Bahru Stainless sebagai pengeluar tunggal keluli tahan karat canai sejuk di negara ini.